Ahad, 7 November 2010



Proton inspira bakal dilancarkan pada 10 november 2010 dan rasanya mesti ramai yang tak sabar nak menjenguk cawangan proton nanti termasuk saya. Apa yang bestnya dengan kereta waja replacement ini?

Inspira merupakan menawarkan pengalaman pemanduan berbeza berbanding Mitsubishi Lancer yang ada dalam pasaran terutama aspek keselesaan pengendalian berikutan sentuhan teknologi Lotus. PROTON Inspira dibangunkan bersama oleh PROTON dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) menerusi kerjasama strategik baru antara syarikat berkenaan yang menawarkan model Lancer versi terkininya kepada PROTON untuk diubah suai dan dikeluarkan sebagai model PROTON.

Proton Inspira mulai 3 Oktober lalu sudah menerima 1,500 unit tempahan, akan ditawarkan pada harga permulaan RM79,888 seunit. Sebanyak 300 unit model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter dan didatangkan dalam empat warna iaitu merah, hitam, perak dan putih itu, kini sedia untuk diserahkan kepada pembeli, manakala hampir 500 unit dalam peringkat pengeluaran akhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan